Alat Penyahsulitan Ransomware Percuma

Dijangkiti ransomware? Jangan bayar wang tebusan!

Alat penyahsulitan ransomware percuma kami boleh membantu menyahsulitkan fail yang disulitkan dalam bentuk ransomware berikut. Cuma klik nama untuk melihat tanda jangkitan dan dapatkan penyelesaian percuma kami.


Ingin membantu menghalang jangkitan ransomware pada masa akan datang?

Muat turun percubaan PERCUMA AVG Internet Security atau AVG Internet Security Business Edition. Ketahui lebih lanjut tentang penyelesaian keselamatan perniagaan kami.

Ketahui lebih lanjut dalam Panduan Ultimate untuk Ransomware kami.

 

Apocalypse

Apocalypse ialah sejenis ransomware yang dikesan pada kali pertama pada Jun 2016. Berikut ialah tanda-tanda jangkitan:

Perubahan nama fail:

Apocalypse menambahkan .encrypted, .FuckYourData, .locked, .Encryptedfile, atau .SecureCrypted di hujung nama fail. (misalnya, Thesis.doc = Thesis.doc.locked)

Mesej tebusan:

Membuka fail dengan sambungan .How_To_Decrypt.txt, .README.Txt, .Contact_Here_To_Recover_Your_Files.txt, .How_to_Recover_Data.txt atau .Where_my_files.txt (misalnya, Thesis.doc.How_To_Decrypt.txt) akan memaparkan pelbagai mesej:

Apocalypse ransomware screenshot

BadBlock

BadBlock ialah sejenis ransomware yang dikesan pada kali pertama pada Mei 2016. Berikut ialah tanda-tanda jangkitan:

Perubahan nama fail:

BadBlock tidak menukar nama fail anda.

Mesej tebusan:

Selepas menyulitkan fail anda, BadBlock memaparkan satu daripada mesej ini (daripada fail bernama Help Decrypt.html):

BadBlock ransomware screenshot
BadBlock ransomware screenshot

Jika BadBlock telah menyulitkan fail anda, klik di sini untuk memuat turun penyelesaian percuma kami:

Muat Turun Penyelesaian BadBlock untuk Windows 32-bit

Bart

Bart ialah sejenis ransomware yang dikesan pada kali pertama pada penghujung Jun 2016. Berikut ialah tanda-tanda jangkitan:

Perubahan nama fail:

Bart menambahkan .bart.zip di hujung nama fail. (misalnya, Thesis.doc = Thesis.docx.bart.zip) Ini ialah arkib ZIP yang disulitkan yang mengandungi fail asal.

Mesej tebusan:

Selepas menyulitkan fail anda, Bart menukar hias latar desktop anda kepada imej seperti di bawah ini. Teks pada imej ini turut boleh digunakan untuk membantu mengenal pasti Bart dan disimpan pada desktop dalam fail yang bernama recover.bmp dan recover.txt.

Bart ransomware screen

Jika Bart telah menyulitkan fail anda, klik di sini untuk memuat turun penyelesaian percuma kami:

Muat Turun Penyelesaian Bart

Pengakuan: Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Peter Conrad, pengarang PkCrack, yang memberikan kebenaran kepada kami untuk menggunakan pustakanya dalam alat penyahsulitan Bart kami.

Crypt888

Crypt888 (turut dikenali sebagai Mircop) ialah sejenis ransomware yang dikesan pada kali pertama pada Jun 2016. Berikut ialah tanda-tanda jangkitan:

Perubahan nama fail:

Crypt888 menambahkan Lock. pada permulaan nama fail. (misalnya, Thesis.doc = Lock.Thesis.doc)

Mesej tebusan:

Selepas menyulitkan fail anda, Crypt888 menukar hias latar desktop anda kepada salah satu daripada berikut:

Crypt888 ransomware screenshot
Crypt888 v2 ransomware screenshot
Crypt888 v4 ransomware screenshot
crypt888 v4 screenshot
Screenshot of Crypt888 ransomware

Jika Crypt888 telah menyulitkan fail anda, klik di sini untuk memuat turun penyelesaian percuma kami:

Muat Turun Penyelesaian Crypt888

Legion

Legion ialah sejenis ransomware yang dikesan pada kali pertama pada Jun 2016. Berikut ialah tanda-tanda jangkitan:

Perubahan nama fail:

Legion menambahkan varian ._23-06-2016-20-27-23_$f_tactics@aol.com$.legion atau .$centurion_legion@aol.com$.cbf di hujung nama fail. (misalnya, Thesis.doc = Thesis.doc._23-06-2016-20-27-23_$f_tactics@aol.com$.legion)

Mesej tebusan:

Selepas menyulitkan fail anda, Legion menukar hias latar desktop dan memaparkan pop timbul seperti ini:

Legion ransomware screenshot

Jika Legion telah menyulitkan fail anda, klik di sini untuk memuat turun penyelesaian percuma kami:

Muat Turun Penyelesaian Legion

SZFLocker

SZFLocker ialah sejenis ransomware yang dikesan pada kali pertama pada Mei 2016. Berikut ialah tanda-tanda jangkitan:

Perubahan nama fail:

SZFLocker menambahkan .szf pada penghujung nama fail. (misalnya, Thesis.doc = Thesis.doc.szf)

Mesej tebusan:

Apabila anda cuba membuka fail yang disulitkan, SZFLocker memaparkan mesej berikut (dalam bahasa Poland):

SZFlocker ransomware screenshot

Jika SZFLocker telah menyulitkan fail anda, klik di sini untuk memuat turun penyelesaian percuma kami:

Muat Turun Penyelesaian SZFLocker

TeslaCrypt

TeslaCrypt ialah sejenis ransomware yang dikesan pada kali pertama pada Februari 2015. Berikut ialah tanda-tanda jangkitan:

Perubahan nama fail:

TeslaCrypt versi terkini tidak menukar nama fail anda.

Mesej tebusan:

Selepas menyulitkan fail anda, TeslaCrypt memaparkan pelbagai mesej berikut:

TeslaCrypt ransomware screenshot

Jika TeslaCrypt telah menyulitkan fail anda, klik di sini untuk memuat turun penyelesaian percuma kami:

Muat Turun Penyelesaian TeslaCrypt
Chrome browser logo

AVG mengesyorkan anda menggunakan
pelayar Internet Chrome™ PERCUMA.

Langkau ke kandungan Langkau ke menu