Manfaat program kami

  • Komisen sehingga 30% untuk semua jualan
  • Tempoh rujukan 60 hari
  • Terima komisen dalam tempoh 45 hari daripada jualan
  • Pelbagai sepanduk, pautan teks dan katalog produk
  • Tawaran, promosi dan kempen untuk Affiliate sahaja
  • Surat berita fokus Affiliate
  • Insentif dan bonus kerap
  • Ganjaran untuk rakan kongsi yang mempunyai prestasi terbaik

Bagaimanakah ia berfungsi?

Nombor 1 dalam bulatan hijau

Daftar

Daftar untuk program ini melalui Commission Junction

Nombor 2 dalam bulatan hijau

Promosikan

Selepas mendapat kelulusan, gunakan Pengurus Akaun CJ untuk mempromosikan produk kami (web, e-mel, pautan carian dan sebagainya.)

Nombor 3 dalam bulatan hijau

Tunggu

Apabila pelanggan mengklik pada pautan anda dan membeli dalam masa tempoh rujukan 60 hari, anda akan menerima komisen sehingga 30% daripada nilai jualan

Nombor 4 dalam bulatan hijau

Dapatkan bayaran

Terima pembayaran komisen bulanan melalui akaun penerbit CJ anda

Program AVG Affiliate

Dapatkan sehingga 30% komisen untuk semua jualan produk AVG!

Soalan Lazim

Menjadi Affiliate AVG

 

Di mana boleh saya daftar untuk Program Affiliate AVG?

Cuma klik butang Daftar Sekarang di sebelah bawah laman ini. Jika anda sememangnya ahli rangkaian affiliate Commission Junction, anda boleh mendaftar untuk Program Affiliate AVG terus dari Panel Akaun CJ anda.

 

Bolehkah saya mendaftar untuk Program Affiliate AVG jika saya tiada tapak web atau blog?

Agak sukar untuk mendaftar dan memanfaatkan Program Affiliate AVG tanpa kehadiran dalam talian. Namun begitu, anda boleh cuba mempromosikan produk AVG melalui tapak media sosial seperti Facebook, Flickr, MySpace, Twitter atau YouTube. Jadilah seorang yang kreatif!

 

Adakah saya perlu membayar untuk menjadi Affiliate AVG?

Tidak, anda tidak perlu membayar apa-apa untuk menjadi Affiliate AVG atau menyertai Commission Junction.

 

Potensi pendapatan & komisen

 

Bagaimanakah komisen dibayar? Bagaimanakah cara menerima wang yang saya peroleh?

Terdapat dua kaedah pembayaran yang disediakan: cek dan pindahan kawat. Semasa proses pendaftaran, anda akan digesa supaya menyatakan kaedah yang dipilih. Bayaran minimum ialah USD 25 dan dibuat sekitar 20hb setiap bulan apabila amaun minimum dicapai. Amaun pada akaun anda yang kurang daripada amaun minimum yang diperlukan untuk pembayaran dalam sebarang bulan akan dibawa ke bulan yang berikutnya. Semua bayaran komisen dibuat oleh Commission Junction bagi pihak AVG Technologies.

 

Bagaimana cara untuk mengetahui amaun yang telah saya peroleh?

Selepas mendaftar untuk Program Affiliate AVG, anda akan mendapat akses kepada Pengurus Akaun CJ. Sila pergi ke Pengurus Akaun CJ menggunakan ID Affiliate dan kata laluan yang didapati dalam e-mel pengaktifan yang anda terima daripada Commission Junction.

 

Commission Junction

 

Apakah itu Commission Junction?

Rangkaian Commission Junction, CJ Marketplace, menyediakan ganjaran yang tinggi untuk penerbit serta capaian yang luas untuk pengiklan dan kekal sebagai rangkaian yang paling produktif dan satu-satunya rangkaian yang benar-benar global dalam industri. Disokong oleh komitmennya terhadap kualiti rangkaian, CJ Marketplace menyediakan persekitaran yang menggalakkan kecemerlangan dalam amalan perniagaan dan dalam masa yang sama melindungi jenama klien kami. Commission Junction bersifat telus dengan menerbitkan metrik prestasi semua pengiklan, penerbit dan iklan dalam CJ Marketplace. Dengan menyertai CJ Marketplace, penerbit dan pengiklan mempunyai antara muka berasaskan web yang canggih untuk mengakses maklumat, menganalisis keputusan dan mengurus program mereka untuk kejayaan dalam masa nyata.

 

Apakah Pengurus Akaun CJ?

Pengurus Akaun CJ adalah alat anda untuk mengurus maklumat Program Affiliate AVG. Anda boleh menyunting data, melihat data jualan, menjana pautan, menyesuaikan reka bentuk laman pesanan/produk anda dan mengeksport data jualan menggunakan alat ini.

 

Sumber bantuan

 

Di manakah boleh saya mengetahui lebih lanjut tentang Pemasaran Affiliate, Commission Junction dan CJ Marketplace?

Sila ikut pautan ini dan ketahui lebih lanjut.

 

Di manakah boleh saya dapatkan sumber latihan lebih lanjut?

Commission Junction menawarkan himpunan seminar video yang banyak, disediakan secara percuma, pada bila-bila masa di CJ Webinars. Sesi rakaman pendek ini membolehkan anda mengakses maklumat tentang cara melaksanakan tugas dalam Pengurus Akaun CJ, berserta maklumat penting tentang pemasaran affiliate dan beberapa amalan terbaiknya.

 

Privasi

 

Di manakah boleh saya dapatkan maklumat tentang dasar privasi anda?

Privasi amat penting kepada AVG dan Commission Junction. Kami berusaha untuk memastikan privasi anda selamat pada sepanjang masa. Baca lebih lanjut tentang Dasar Privasi AVG Technologies dan Dasar Privasi Commission Junction.

Program AVG Affiliate

Dapatkan sehingga 30% komisen untuk semua jualan produk AVG!

Langkau ke kandungan Langkau ke menu